Want your
own Fotopage?








 
Kamil + Adnin FotoPage
kamilbaik
By: Kamil Baik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 28-Apr-2009 15:42 Email | Share | | Bookmark
KUALA TAHAN ADVENTURE QUEST

 
 
 
 
Pihak MHCC Pahang dengan selambanya akan menganjurkan satu Konvoi Suka suka hati, taknak pegi sudah..yang akan berlansung dari KUANTAN - TAMAN NEGARA

Detail:
XTVT - KONVOI KUALA TAHAN (TAMAN NEGARA)
TARIKH : 23hb - 24hb MAY 2009
MASA : 8am (Berkumpul di Tol Gambang)
LALUAN : TBA akan dibentang oleh MARSHALL Pigie
Bayaran:
RM65 nett w/o Breakfast Queen Bed (6 bilik Booked)
RM45 nett w/o Breakfast Single bed 2x (3 bilik booked)
+ BBQ(RM10 /head) + selected event (tiada paksaan)

Park Permit : RM1 per person
Fishing licenses : RM10 per person
Camera licenses : RM5 per camera
T-Shirt konvoi:Estimated RM25
Sticker konvoi : Estimated RM8-10

PENGINAPAN:TRV Motel (budget hotel)

Tantative:
23-5-2009
8am-9am - Kumpul di Gambang Tol (lepas ambik tiket)
10.30 am - Sarapan hentian TEMERLOH
11.30 am - Bergerak!!
1pm - Check in + Tangkap gambar di dataran Tahan + Rehat
2pm - Makan tengahari Dengan YB Kuala Tahan
3pm-6pm - Khidmat Masyarakat di Kg Org Asli Sg Tekam
7pm - 9pm - BBQ
11pm an above - Bebas buat hal memasing

24-5-2009
7am-8am - Sarapan dan bersiap dgn
8am-2pm -
- Jungle tracking sampai sesat
- Canopy walk sampai mabuk gayat
- Mandi Manda
3pm - Bersiap n Gamba kenangan kenangan...
4pm- Bertolak ke Kuantan

ATTD:
1.Kamil (82) AJK Sticker/Promotion
2.Nikyo (77) AJK Surat menyurat/Perancang utama
3.boycivic (36) Jerantut <---- boy kat sini nama kau NAMPAK TAK?? huhuh
4.Picaso aka pigie (22) AJK Duit
5.Totobiru (12)
6.Dingarage (08) AJK Emercency Breakdown (Sponser Arang BBQ)
7.LieCBV(92)
8.Masjoko ek4 (60) (Sponser Daging BBQ)
9.OOnn (80)
10.rezalazila (96)
11.nan (66) (Sponser Ayam BBQ)
12.Tora (TBA)
13.Matgei(30)
14.Ubai (50)
15.
16,KOMEX+FAMILY (18)-WALKIE TALKIE+SAFETY PARKING OFFICER
17.NasaJcx (25)
18.Zan (88)
19.Zulsuperhonda (23)
20.Rusdi Rompin aka ah_fu (51)
21.Mie (56) Jerantut
22.Zarul raub aka zero_4 (52)
23.Shahrizal rompin aka rizalshah (53)
24.ImranM (01)
25.Branula16 Jengka 8 (TBA)
26.ayieayien (55)
27.Zam Domani (TBA)
28.Wan Boiler (69)
Note:
**Kepada sapa yang berminat bleh PNC Kamilbaik (0194333004)@ Nikyo (0123120017)
**No sticker konvoi .. kita bagi konsep lupikir la sendiri (sa dan puluh shj) no ratus/ribu/juta diharamkan
**Tarikh tutup penyertaan 9-5-2009 kalau lambat bawak khemah sendiri!!

Care to comment?


Monday, 18-Aug-2008 05:58 Email | Share | | Bookmark
Master Assembly MPIII

 
 
 
W212???
 
 
View all 21 photos...

Dalam 3 minggu aku kat German sebenarnya ni la kerja aku buat. Master Assembly tuk model baru Actros MPIII so ade la sket selingan yang boleh di tatap bersama MP3 ni model yang akan dilancarkan mungkin tahun depan. So sume documentation kene pastikan dulu betul ke idaknya. Kalau tak kang bila Pilot menggagau cari barang tak cukup. Kat sini kami dibantu oleh 2 orang Assembly consultant Valker ngan Michael. So hari hari kerja pasang unit sampai habis.So inilah hasilnya




Valker Nagel

Michael Gurdan

Layanan kat sini mmg BEST!!!


Ni kalau Optimus Prime tgk ni dia jeles.... Tue 19-Aug-2008 12:17
Posted by:kamilbaik
raya mana beb? meh datang umah aku.. Thu 11-Sep-2008 01:18
Posted by:apai rizalramly@gmail.com
weihh mana gambar..? tak update ke? Wed 31-Dec-2008 06:23
Posted by:fadzli
View all 5 comments Add comment


Monday, 18-Aug-2008 02:57 Email | Share | | Bookmark
My way to Hockenheimring

 
 
 
View all 36 photos...

Hari ni hari last aku kat Germany Valker ajak aku gi umah dia Lunch kat sana. Layan aje la…makan je ape yang ada. So dia masak nasik minyak special..pakai Beras Jasmine..perghhhh aku Tanya mana dapat..dia kata kat kedai asia baru jumpa..benda ni.. beras pon rare kat sana. Hehehhe..rupaya bila tanya tanya..dia tak suka nasik german .dia lebih suka beras ASIA huhuhu…

Lepas makan kitowang gerak ke litar F1 Hockenheim … Hockenheimring yang terkenal tu…

Sampai je kat sana aku tak tau kenapa aku exited sangat niat aku nak masuk je litar tu tgk tgk je..rupanya ada event Dragster huh…mengancam jiwa…. Tapi bila Tanya ticket masuk aje 89Euro..bapok la kalau convert dekat RM450 takpe la pakcik… Valker agak kesian tgk aku sebab sebelum tu kitorang cuba access tgk curi curi kalau kalau boleh tgk free nak dekat suku circuit dah jalan tapi tak jumpa. So Valker cakap why not we try ask the gentleman there and see how my negotiation skill works or not…. Perghhhhh dengan bantuan mamat macho gila yang jaga gate tu + muka kesian aku akhirnya dapat jugak aku masuk 5 min pon jadi la…

First time aku tgk drag mat salleh … dominasi keta Jepun mmg macam tak jumpa lansung..la lagipon aku rasa ketogeri keta kat sini sume dah tahap monster dah bukan calang calang keta boleh masuk. Nak jumpa Honda lagi la sakit.. tapi tu dah memang adap sini. Diorang lebih percaya dengan brand yang diorang ada. Ditambah lagi kegilaan terhadap Drag sini mungkin ada sedikit sebanyak datang dari America sapa tahu!! Macam di Msia mungkin kita masih hanya mampu bikin keta keta Jepun. Pengaruh keta jepun mmg mantap kat Mesia. Tambahan lagi sponser untuk keta keta tunning Mesia mungkin sikit. Hanya mereka yang betul betul ada link yang besar mampu tuk maju lebih.. di Eropah mungkin sukan ni dah jadi macam sukan Professional. Ala ala F1 mungkin. Apepon peluang 5 ke 7 minit tgk kereta Drag kat sini dah cukup untuk aku rasai deruman enjin yang aku rasa dalam 65% macam F1 huhuhu bingit dan menakutkan.



Abistu lepas salam salam ngan brother Macho tu (lupa pulak nak tangkap gambo) kitorang sambung tour kat mini motor sports museum. Kali ni Valker guna lagi skill tu lagi. Dapat lagi…mmg bagus la layanan Valker n wife masuk free lagi kalau tak kne bayar 6 Euro. Sebabkan nak tutup dah dia bagi masuk kejap…dalam ni banyak motor ngan keta lumba je. Tapi puas hati la dapat masuk…bukan slalu leh datang sini pon hahaha



Dah rasa puas hati…ok la…terus minum minum and gerak ke Frankfurt . kang tinggal kapal terbang aku kang..hahahaha dengan hati yang sedih…bercampur agak gembira sedikit terus je aku melangkah memalui Kastam dah terus hilang di pandangan Valker hehehehe… harap bleh dating Lagi…




pasni kalu datang sana lagi leh la bawak ayang sekali ye emmm..xsabar nak jumpe abg n dapat souvenir dr jerman tau huhu Mon 18-Aug-2008 05:54
Posted by:aYaNG
Add comment


Saturday, 16-Aug-2008 07:29 Email | Share | | Bookmark
My way to ???

 
 
 
View all 42 photos...
Arini balik awal sebab kerja dah abis…so Valker. Nak bawak kitorang jalan jalan..tapi tak tau kemana. Balik kerja terus jumpa Dr Groube salam salam ngan sume CKD team.ucap slamat tinggal. Dapat serveniour model Actros Black Edition. Best best.. mesti diorang jeles punya..hahaha..




Pastu terus gi Kundencenter Padil nak beli keychain merc. Beli la baju sejuk sprinter tuk Navin n Azmir..jadi la dari takde benda… heheh aku pon gasak jugak…

Perjalanan diteruskan ke rumah Valker..bapok la besau umah..dia kata dia buat sendiri je umah tu. Sebab kat sini takde perumahan macam kat mesia.Umah bebas nak buat macamana. Sebab tu best n unik umah diorang. Tapi tak tahan dia ada anjing la…. Aku ni dah la penakut anjing chittt….baik plak tu anjing dia tu huhuhhu…tapi sama sam takut. Anjing tu takut kat aku…aku pon takut kat dia huhuhu…dah minum minum kami pon gerak la..





Destinasi pertama kami melawat Wine Gate of German (Dalam bahasa german tak tau la maksudnya..tapi apa yang aku paham tu la) kat sini mmg la keliling je lading anggur…seluas mata memandang..tu la kerja diorang. So dapat la kitorang merasa juice anggur original…bukan wine ek…kira kat sini orang kampong akan hantar anggur diorang ke satu syarikat pembuat wine terbesar di German ni..best best..aku ada la gambo kenangan kat pintu gerbang tu hahahaha…





Destinasi Kedua Naturpark Pfatzerwald (susahnya nak sebut) kami adalah Istana lama peniggalan kesultanan Mat Salleh German. Perghhh orang zaman dulu ni suka buat umah besau besau…so nikmatilah gambo yang ada..tak tau nak cita..sebab gayat..tinggi sangat. Badan penat naik tangga je…letih wooo..



Penat tu sampai tertido tido dalam keta..kitorang sambung ke tempat Wine drum paling besar di dunia..Valker cakap. Dalam tu diorang buat restoran…boleh muat dalam 300 orang dalam satu satu event..besau cakap ko..sini tangkap gambo je

Dah petang sket dia ajak dinner kat Chinese Restaurant sebab valker cakap dia suka masakan asia..murah dan sedap. Tpi paling best ada nasik tu..bukan nasik German tapi nasik Asia..perghhh cunn…first time rasa kenyang sangat…berak pon sodap…!! Siap jumpa goring pisang lagi..cicah madu..makan sampai habis..licin tuu…meal paling sedap penah aku makan kat German. Paling best dia ada menu Nasik Goreng Malaysia style…best tapi x order pon saje je nak bagitau..bangga jadi rakyat Mesia..



Bais makan balik tido huhuhuh..suk nak balik Malaysia…

Care to comment?


Sunday, 10-Aug-2008 21:32 Email | Share | | Bookmark
My Way to Koln

 
 
 
View all 60 photos...
Perjalanan dari Kandel ke Koln..makan masa 4 jam..naik ketapi macam komuter je...nak naik ICE tak mampu 78Euro tu..tgk pemandangan..tgk kota kota lama German..masih cool lagi...tak lapuk dik hujan..huhuhu..sambil menyusuri sugai Rein mmg cantik..aku takleh la nak letak gambo sebab dalam ketapi...sendiri je nikmati hahahaha..
Sampai je aku tepon marcus selang 2 minit pastu aku tgk ada sorang bebudak lari lari kearah aku..SAH la tu Marcus macam bebudak pon ada aku tgk..sambil mengah mengah tu dia kasi aku serveniour Koln kristal ..dalam tu ada benda macam DOM yang femos kat Koln ni. ambik je tak cakap banyak
Marcus bawak aku gi makan angin kat dalam gereja..yang pada aku sebenarnya menakutkan. Masuk masjid orang ni..tapi sebab banyak sangat orang masuk lalu lalang..ermasuk orang turki (yang bertudung) so tak kesah sangat.. dalam tu ada kubur raja pebenda tah..siap salut emas lagi tu..dalam tu banyak la benda benda yg biasa ada dalam gereja (nak nyebut pon tak tau)..

Pastu kitorang ke Kota lama Koln. Cuaca masa tu mmg panas and sesuai tuk jalan jalan..sambil sambil jeling tu tgk mat saleh berjemur. Syok jugak..time summer ni jalan tempat orang..Cuci mata. Dah boring tak tau nak buat apemarcus belanja coke. Duduk duduk sambil sembang sembang cita pasal macam macam la. Jamu mata skali huhuhu..
Lepastu dia bawak balik umah dia sebab dia ada buat BBQ kat umah..Ayah dia masak..sedap..aku suka jugak.daging lembu.ayam and sosage. Familiy Marcus cuma ada dia je. Dekat Europe mmg stail anak tak ramai. Sara hidup tinggi kat sini. Semuanya bercukai. Rasa beruntung lagi jadi rakyat mesia. Cukai tak banyak.
Lepas makan terus gi TT yang biasa diorang buat. TT tu Dekat area parking mall je. Biasanya TT ni diorang tak lepak kat kedai. Sembang kat parking lot je.Sembang sampai kesudah. Lapo je Marcus cakap dirang konvoi ke Mc Donald. Makan lagi .
Masa aku gi ni ada 3 club dari lain lain daerah. Sempoi sebab ni la kali pertama aku TT international hahaha..Marcus cakap aku la orang luar pertama joint TT ngan diorang. Keta ada la dalam 20 bijik..Pada aku kira dah banyak la sebab kat German mmg agak payah nak jumpa Honda.
Kat sini Honda macam rare la. sebabkan rare .diorang tak buat tuk specific model macam MHCC so campur campur la..sini bayak EF ngan CRX macam macam jenis aku jumpa. Kebanyakkan nya sume custom. satu je aku rasa yang JDM original. EE9 Micheal.
Aku tanya napa x minat JDM..dia kata Part sini susah nak dapat. ada pon mahal. Sebabkan benda ni la kebanyakannya suma custom. Ikut citarasa sendiri. Org Mesia patut beruntung sebab banyak barang bleh cari.kalau nak JDM. Diorang tak ada pilihan. Diorang tak suka standard. So nak taknak kene buat sendiri. Jadi aku kadang kagum survival diorang. Kita suka kutuk kreta yang kononnya tak JDM walhal citarasa adalah hak individu. Aku cukup benci orang yang kutuk keta orang lain sebab nak ikut citarasa sendiri atau perkembangan semasa!! pada aku kenapa diorang buat macam tu ada sebab dan musabab. sebab tu cadangan membina tu yg kita nak. Bukan kutuk..Kadang tu kita bukan tau semua benda . Kita bukan Komputer atau Wikipidia.Pada yang tahu tu bagi la tau dengan cara yang senang diterima. Aku tak suka orang yang berlagak pandai.

Ramah jugak diorang ni. walaupon sebab bahasa tu kadang kadang kelakar. Kebanyakan Orang German macam orang Mesia jugak tak ramai yg pandai berbahasa Inggeris..+ aku aku skali..tapi sebab kita nak jugak sembang.jadi seronok. grammar sume mmg sah sah la tak ikut hukum hakam sume bedal asal maksud sampai.

Abis TT dalam kul 1am macam tu balik . Diorang ada konvoi plak pastu nak ke Mc Donald. Marcus cakap dia tanak pegi sebab suk nak bangun awal. Ada surprise tuk aku katanya.
Bangun pagi aku dah siap pacak kul 7.30am punya la sejuk pagi pagi mandi.
Siap siap terus ke Essen. Rupanya Marcus n the geng dah tempah restoran America special tuk breakfast ngan Lunch skali..Walla.. tu la surprisenya..hehehe special!!
Geng Marcus ni tak ramai adalah dalam 10 kereta. Diroang ni aku rasa dah macam family dah sangat sangat rapat. Setiap bulan akan ada TT so average umur pon aku rasa dalam 30 macam tu..yang tua ..tua sangat yang muda.. muda sangat..Sarapan dari kul 9 sampai la kul 1 Kuat makan diorang ni.. aku dah blasah roti dari mula sampai abis. nak kembung makan roti je. Yang lain aku tak pasti sebab kebanyakan Meal org German ni suka makan babi.

Diorang berminat dengan baju yang aku pakai EKD hahaha...diorang nak T shirt macam aku tu. tapi nak yang EG punya..adeh... sakit pale. Rupanya kos buat baju special mmg mahal kat German dalam 24 Euro. baju EKD yang aku beli tu ada la dalam 8 euro. so mmg diorang nak nak sangat la. Aku cakap kalau banding kat German, kat Mesia lagi murah. sampai keluar idea bagi design meh aku buat kat Mesia hehehe..Ramah dan seronok ngan diorang ni, Aku suka.Orang cakap orang Eropah sombong!! tapi aku rasa sebaliknya pulak. aku rasa la. even Marcus pun cakap orang Europe sombong. Dia suka orang Mesia lagi. "Always Smile"..aku rasa orang Mesia ni mmg murah senyuman hehehe..Bangga bangga!! abis tu kitorang tangkap gambar kenang kenangan. Walopon aku tak ingat sangat nama diorang tapi tu tak penting janji diorang kenal aku hahahah!!!..Tetiba pulak rasa sebak.....nape pon aku tak tau.
Sampai Kandel dalam kul 10.30 malam.. Penat penat...

kalel... congrats.. syok kan gi jenjalan... koln @ cologne mmg best.. tak naik keta kabel ke? menyusur sungai rhine ke? aku dulu halim bawak pusing sampai nak tercabut kaki . orang german mmg peramah, siap offer nak tolong lagi.. compared dgn dutch, french n english aku rasa diorang paling ramah Tue 12-Aug-2008 03:32
Posted by:tuan fadzlizuka blog@fadzli.com
hai kamil...wah jelesnye tgk pic u ngan markus kat sana....ari2 markus ade email kat i pasal u..dia kata dia happy sgt ade malaysian yg dtg umah dia..jenjalan ngan diorg kat sana....hehehe wahhh happy nye u kan dapat jumpa markus....jeles nye.... Fri 15-Aug-2008 01:26
Posted by:tasya misztasya@yahoo.com
emmmm.iye ke? bukan slalu bleh datang sini..peluang yang ada sebat aje la..datang pon bukan pakai duit sendiri heheheh..duit company hek hek hek.. Fri 15-Aug-2008 18:37
Posted by:kamilbaik
View all 5 comments Add comment


Sunday, 3-Aug-2008 18:03 Email | Share | | Bookmark
My Way to Stuttgart

 
 
 
View all 36 photos...

Padil nak ikut skali pegi Stuttgart. Aku dah prepare mane nak pegi . Suma preparation aku buat ala kadar je. Aku tulis alamat apa yang patut pastu cari je nama tempat tu. Almaklumla nak menyebutnya amat lah berbelit rasanya lidah ni.

Kul 8pagi aku dah pacak kat stesen ketapi Kandel tu..huhuh datang datang cari kaunter,,huhuh macam hampeh..moden moden Mesia pon pakai kaunter lagi. Last last agaknya ada pak tua German yang tgk kitorang ni macam Beruk je cari cari kaunter,Pastu dia panggil…tapi cakap Jerman la kong kang kong kang ticket!! Ahhhhh… tau dah. Aku balas genau 2x.. pastu dia ajar la macamana nak beli ticket. Baca kod tempat pastu key in. Ambik ko 3 Euro..jaraknya ade la dari Gombak ke SG. Buloh tu..RM15..nasib la duit syiling berkepul dalam poket..Balen beli beli barang. Siap Iring naik ketapi lagi pakcik German tu. Dah la pakaian classic gila.. ala ala John Travolta, Saturay Night Fever tu.. Ha layan..ramah plak tu..dia cakap Jerman Padil cakap Melayu Danke Shoon sampai kesudah..huhuhu..

Sampai Karlshure skali lagi beli tiket masa tu hujan renyai. Layan jugak..Berasap mulut ni cakap…(orang kampong betui aku ni) dah macam orang isap rokok dah.. huhuhu..Kat sini dah tau dah nak beli ticket macamana……. dengan confident je beli ticket ke Stuttgart…abis tu dah dapat tiket nganga jugak!! Alamak ..nak naik platform mana pulak dah!!! (kat sini panggil Gleish) Jenuh pulak la..nak cari mana nak Tanya…kaunter takdak..mujur la ada customer centre. Tanya kat situ ngok ngek jugak tu..tunjuk ticket cakap nak naik kat mana. BERES!!

Naik ketapi mmg besr..almaklumla jaragn sangat naik ketapi ni sebenarnya..bubuh ..je doduk mana aje..kat satu gerabak yang aku duduk ..awat tadak orang pon nak duduk ngan kitorang..masuk awek lalu..masuk makcik..lalu, masuk basikal..lalu macam tu je…aihh lain macam ni..awat muka kitorang ni buruk sangat ke? Orang asia ni kolot sangat ke?

Takpe takpe buat relek je….dalam pada tu macam macam la yang dapat tgk dari dalam ketapi..Padang…Ladang jagung..ladang epal..Anggur pon ada kot..tak pasti.. tapi mmg cantik la ..sonok je mata memangdang..rumah rumah sume berbaris je..walaupon selerak tapi Nampak cantik…pokok sana sini..mmg layan la…pastu ada kecoh kecoh pulak kat depan kitorang…dengar dengar dengar rupanya ada penumpang tak ada ticket…sebab kat sini stesen ketapi dia takde pagor pagor tu..atas dasar jujur je..beli ticket masuk ketapi..TAPI!!! kalau kene tangkap 40euro kasi bak mai …dah settle tu gadis ketapi t upon dating ..mintak ticket bitte (dalam bahasa jermen la) so aku pon bagi pastu dia tgk aku atas bawah atas bawah..sambil tangan tu chop ticket…kong kang kong kang 2nd klasse..to kong kang kong kang ..bitte, sambil tangan tunjuk kat satu nombor kat tepi pintu ketapi…Ya allah..Rupanya tempat yang kitorang duduk tu first class punya area..malu malu malu…padan la orang dating dan pergi..so pegila kitorang kesana…..malu sket takpe…pelancong ada map bagimu..

Sampai Stuttgart..terus cari tempat pertanyaan..kat Stuttgart stesen ketapi dia besor bapok la…ala ala KL central la.Haa kat sini ada kaunter ticket..tapi ramai orang Jem betul la. Last skali ade awek yang jalan sana sini. Tanya kitorang..(agaknya macam org peghak je) so aku cakap nak pegi tempat ni…(dalam note aku) Stesen Daimler. Emmm dia tekan tekan mesin Kiosk tu kuar la ticket..bayar je..Dia bagi direction follow je.

At last sampai la jugak aku ke Mercedes-Benz Museum..bangga rasa…x ramai yang dapat peluang gi sini..Kat sini aku tgk dari sekecik kecik Daimler ngan Benz punya kerja..dari A-Z usaha diorang bangunkan Mercedes. Sonok..siap benda kalau malas baca dia bagi Audio assist. Kita tekan je button kat mana tempat yang kita nak tau..dia terangkan..lagipon aku ni malas nak baca..best.. aku mmg suka Sejarah..sonok..tfk macamana org dulu dulu .pakaian dia, minat dia,kenderaan dia, susah dia , kadang kelakau pon ade. Kat sini tangkap gambo macam orang gila.mengalahkan takde esok aje.. Baham je…asal ada truck je aku blasah..tangkap gambo..huhuhuh malam tu aku update fotopages terus….Beli sket buah tangan yang ade…boleh la..buakn senang nak dapat peluang macam ni.

Balik takde hal melintang ..tapi biasala pegi ngan orang 40 an ni ..asyik asyik..mengisahkan perut..makan la ..kencing la.. lambat la…kadang tu boring gak..tapi nak buatmacamana itu je kawan yang aku ada (Orang Mesia). Skarang dah tau dah naik ketapi so…should be no problem to me then…Tido Penat!!!!!!


akhirnya...sampai jugak..aku kat sini huhuhuhu......

kat dalam muzium ni la mula nya semua.....

Commercial truck pertama di Dunia...

Bleh wat racing ni jangan memain

Kimi Rokamil masuk Pit

Bukti ku kesana

Aku hidup dalam Blues!!

tak kena baling ngan botol ke... pakai baju honda masuk Pit Mercedeces ...dem p jln tak ajak... Mon 4-Aug-2008 08:35
Posted by:¥ûŠH
hahahaha.... aku pon satu..x perasan pulak pakai baju EKD mana la tau baju pon limited kat sini..bedal je..tapi takpe dia tak marah pon... aku selamat lagi... Mon 4-Aug-2008 16:12
Posted by:kamilbaik  - [Link]
EK sini sume stendert..boring!! Mon 4-Aug-2008 16:13
Posted by:kamilbaik  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Friday, 1-Aug-2008 21:32 Email | Share | | Bookmark
Bila Terasa Rindu

 
 
 
View all 21 photos...
Bila tak tau nak buat apa teringat pada isteri tersayang...so page kali ni tribute tuk dia la...Rindu!!

i like it

always togather...

sweet


Gedik

ayu nyer berkaca mata...semoga kekal bahagia la yer Sat 2-Aug-2008 08:14
Posted by:cinta(ct) cintasatu_78@yahoo.com  - [Link]
alahai..cayangnya dia kat wife die...siap tribute kan lagi..peh..cayalah... Sat 2-Aug-2008 18:10
Posted by:ibu irfan  - [Link]
waa...rajinnya...jeles pulak aku nengok...congratz..jgn nakal nakal Sun 3-Aug-2008 07:37
Posted by:hajime zephyronthes@yahoo.com
Add comment


Tuesday, 22-Jul-2008 15:54 Email | Share | | Bookmark
Bertukar "Belated Update"


Baru cat dalam 60%


Dah siap....pon


Bontotnya


Cun kan? hahahahahaha

Care to comment?


Sunday, 20-Apr-2008 11:16 Email | Share | | Bookmark
Episode 2 : Rising of the new killer V






Mod yang plg extream penah dibuat aku tukar transmission auto ke manual...(single cam) huhuh abis dalam RM1500 + alternator kong…memula dapat tu rasa nikmat gila… puas hati walopon tak laju mana…firstime keta aku lepas RPM 4K ….. skarang ni baru bleh test tarik huhuhuu.....

Abistu tukar xtractor 4-2-1 perghhh...... puas hati... tabung lama abis aku buang ke kedai..exzos.. latak la dia nak buat ape pon… tukar tabung tengah cap kaki 3 ayam.. janji straight ..pipe aku tukar 2 inch dari depan sampai belakang dengan muffler RSR imitation trumpet….

Meter pon kene kasi tukar…. Walopon 180 je janji lain dari yang lain merah menyala….. meter tu... EK4 punye...

Care to comment?


Friday, 7-Mar-2008 02:35 Email | Share | | Bookmark
emmmmmmmmm noname

 
 
 
View all 18 photos...
Episode 1 : “Gentleman start your engine” … ala ala Daytona..



Memula bila dapat kereta… ni la wajah paling cun aku leh bagi shoot… baru pas basuh ni… sebenarnya tuk pengetahuan semua ni kereta wife aku punya…al kesahnya bapak aku dulu ada pakai civic ni…mase tu aku tau keta ni nama civic je… EK ke EG ke ES ke haprak pon aku tak tau…. Pastu aku punya bengang...dia pegi jual keta tu... mmg frust gila aku mase tu...(nak beli lain takleh ..sebab mase tu baru je kerja)...

Bila bercinta (komperm jadi bini punya) dipendekkan cite aku berjaya racun wife aku beli keta ni (mase tu aku dah beli keta kancil 850 3 piston) kira nak wat second car la kunon...
Pas kawin bini aku hari hari komplen power window belah drive ngan pasaenger (kanan) mati...aku yg malas nak dgr bising bising ni terus surf cari forum (mase tu tak tau pon kedai halfcut tu jual ape...aku ingat tempat scrap keta) jahilnya... jumpa forum MH*C pergh... setel problem aku...
Start mula berani tukar tukar ni sebab aku exident geli geli kat genting..berpusing 275 darjah 30’ fuh.....mujur blakang takdek keta... mase tu pakai foglite putih.. sedih buta sebelah....

Orang kata yang kuning rare..so aku dapat jugak..96 kuning kat KTRG...banggaa...RARE..tgk tgk melambak jugak yang pakai..DEMM....
Aku tak tau pebenda EK2,EK3,EK4, EK9.... tapi orang yang jual barang tu kata Grill nak jual ni EK4 punya... aku cakap Nak beli jugak..walhal tak tau pon macamana rupa...dah ada Grill EK4 dia promote pulak Lip EK4 hahaha...badak je aku beli hahaha...ambik kat PAKA TERENGGANU plak tu...one night short..aku redah dari PEKAN PAHANG...semangat punya pasal.. dah siap depan EK4. Siap ngan Bar besi kat dalam Bumper pon aku rembat..JDM kononya..



Orang beli Door visor aku pon beli...dapat Domani punya (clear coklat) so dari situ la aku rasa na kumpul barang domani ni huhuh..(apa tujuan tak tau..suka suka je).. Kapet ViRS belang pon ake sembat jugak… sebab by default keta aku tu pakai getah ala la lori punya.. mak ...ais ada la 36 gantang berat dia bila bawak keluar… padan la keta tak laju..



Tgk keta tinggi pulak… asyik kene kutuk je keta EK4 gayat.. Aku mintak absorber sepot membe aku belakang punya (free tuu..)..pastu beli absorber EG depan ngan spring RSR..lowerd beb.. aku suka...baru orang ingat enjin B Series.

Memula aku nak pakai spoiler… tapi aku tak minat EK4 imitation punya..sebab ramai sangat pakai..lagipon tinggi la jugak… spoiler tu..last last ambik EK4 jugak Mugen 99 punya..hahaha.. Imitation pon blasah je… memula pakai macam tak cun..dah lama pakai baru rasa ngam….



Pastu kene racun pakai Domani…mase tu susah la pulak nak jumpe kat Ktn.. ada pon mahal… last skali ada orang offer kaler silver..kehijauan.. aku sebat jugak.. punya la exited.. pasang sendiri tu… bila dah pasang rase macam tak ngam pulak kaler hahahah…
Balik kampung Mak mentua aku bising ...kata ambik accord punya... siap kutuk tak lawa lagi..aku wat bodoh je. Spoiler Mugen lama aku bagi kat orang...

Memula ingat nak paka DC2 sebab banyak dah aku tgk Domani pakai DC2 tep R tu. Sebab mahal... aku decide pakai je spoiler murah tapi Ori.. tapi spoiler ape tak tau... lagi…Bekenan pulak ngan ViRS perghhhh... stim tgk.... tapi bila Tanya mak oi.. 6 rat lebih.. susah plak tu nak jumpe. Ada pulak bagi cadangan..pakai je EG gaban tu punya…ala ala ViRS tuu…. dapat la jugak rm80 je aku beli..huhuhu.. angkat bonet blakang terangkat sket jee…Bangga…..(eemmm Ori) tu pon pinjam drill kilang aku tebok bonet sendiri…Dah masuk spoiler mak mentua aku kata baru lawa


Bumper 96 blakang..adoi… x masuk lansung ngan Domani…tanya sana sini perrghhhh.. mahal la pulak…bumper Domani sib baik Jumpa YusH ..joint venture la ngan dia..Mase tu dia nak kombert Domani..aku tompang sekaki la..sebab owner tu jual skali bumper… aku ambik bumper je…



*petikan diambil dari forum hahahahaaaaa

lel... iskk aku mati2 ingatkan keta tu ko beli dari abah ko.. nampak sebijik tapi tak salah aku dulu kuning sket kaler dia (akakkaa aku pun mana tau ek,eg,ej - yang tau civic je...)

tumpang lalu. gambar futsal ada sket kat fp aku..
Tue 8-Apr-2008 13:42
Posted by:fadzlizuka
huhu.. aku tatau pun kalel ada fotopage rupanya huhu.. Sun 20-Apr-2008 05:46
Posted by:fiziskandarz  - [Link]
dah ada ni tak reti reti ke nak lawat lawat heheheheee............. Tue 29-Apr-2008 14:22
Posted by:kamilbaik
View all 7 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.